Dipecat UMNO dan menyertai PAS Kamarudin_Jaffar

Pada 6 Julai 1999, Majlis Tertinggi UMNO memecat sembilan anggota parti, termasuk Ketua Bahagian UMNO Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar, kerana terbabit dengan kegiatan membantu dan menyertai parti pembangkang, ekoran pemecatan rakan ABIMnya, Anwar Ibrahim. Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghantar surat tunjuk sebab kepada mereka. Turut dipecat ialah Ismail Yusof, Haji Said Othman, Tarmizi Ismail dan Jumri Sabran dari UMNO Bukit Gantang. Abdul Wahab Abdullah (UMNO Johor Bharu), Senator Hamzah Mohd Zain (Chenderoh) dan Saufi Daud dan Mohamad Noor (UMNO Tumpat).[4]

Pada 21 Julai 1999, beliau isytihar menyertai PAS Tumpat semasa ceramah oleh Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat. Baginya, tiada lagi ruang di dalam UMNO untuk melaksanakan politik cara Islam.[5]

Rujukan

WikiPedia: Kamarudin_Jaffar http://kjtumpat.blogspot.com/ http://kjtumpat.blogspot.com/2008/07/arrested-unde... http://kjtumpat.blogspot.com/2008/07/datuk-kamarud... http://kjtumpat.blogspot.com/2008/07/kamaruddin-ja... http://www.istiadat.gov.my/v9/images/protokolperse... http://www.parlimen.gov.my/profile-ahli.html?uweb=... http://semak.spr.gov.my/spr/laporan/5_KedudukanAkh... http://arkib.harakahdaily.net/arkibharakah/index.p... http://isni.org/isni/0000000374042214 https://www.facebook.com/datokamarudinjaffar